I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, July 7, 2012

Pakaian Taqwa?

~ Sekadar menyampaikan bukan tunjuk pandai, dengan niat kerana ALLAH SWT ~


Ada yang menganggap bahawa pakaian berjubah (berjilbaab) serta berserban bagi lelaki adalah Pakaian Sunnah; dan berjilbaab (berjubah), berhijab (bertudung kepala) dan berniqab (berpurdah) bagi perempuan adalah Pakaian Taqwa.

Ada pula pihak lain yang beralasan tidak mahu berjubah dan berserban hanya kerana tidak mahu mengikut cara berpakaiannya Abu Jahal, orang2 musyrikin dan orang2 Arab Jahiliyah terdahulu yang begitu bangga dan sombong dengan pakaian tradisi dan adat resam mereka.

Hmmmmm....


Hakikatnya, orang2 muslim dan non-muslim di Timur Tengah, mengenakan pakaian yang sama memandangkan itu adalah pakaian tradisi mereka. 

Terdapat juga penganut2 agama Kristian di Africa dan paderi2 di Mesir memakai jubah serta berserban dan kaum wanitanya pula berpakaian jilbaab serta bertudung kepala dan berniqab seperti pakaian wanita Arab muslim.



Pakaian coat dan tie yang dipakai oleh kaum lelaki di negara2 Barat pula dianggap tidak Islamik atau dianggap pakaian penganut agama Kristian (Nasora). Pada hakikatnya pakaian tersebut juga adalah pakaian tradisi mereka.

kot dan tali leher

Di Nepal pula, kaum lelaki memakai songkok sebagai pelengkap pakaian tradisi mereka. Tidaklah bermakna mereka beragama Islam sepertimana orang2 lelaki Melayu Islam di Nusantara yang memakai songkok.



lelaki dewasa dan kanak-kanak Nepal

Kesimpulannya orang2 yang berjubah atau berjilbaab, berhijab, berniqab atau bersongkok tidak semestinya beragama Islam manakala lelaki2 yang berkot dan bertali leher tidak semestinya mereka ialah orang2 non-Muslim dan adalah tidak wajar sekiranya lelaki2 yang beragama Islam berpakaian sedemikian dianggap meniru pakaian orang2 Nasora (beragama Kristian).

Bukankah menurut hukum Islam, aurat lelaki adalah dari paras menutupi pusat hingga ke paras menutupi lutut? Jadi, tidak perlulah kita mempertikaikan pakaian kaum lelaki yang berkot dan ber
tali leher atau yang memakai seluar pendek yang melebihi paras lutut. Bagaimanapun, dalam berpakaian hendaklah beretika, bermaksud hendaklah kita beradap sopan dalam berpakaian bersesuaian dengan tempat dan majlis yang kita hadiri.

cargo shorts untuk lelaki

Sungguhpun begitu, tiada salahnya bagi sesiapa yang ingin memakai jubah, serban, songkok, ketayap dan purdah kerana pakaian tersebut kesemuanya adalah pakaian yang menutup aurat mengikut hukum syara'. 

Apapun cara pakaian yang dipakai, WAJIBLAH ianya menutupi aurat menurut apa yang telah disyari'atkan dalam Islam bagi lelaki dan perempuan, dan niat berpakaian hendaklah hanya kerana ALLAH SWT semata-mata, bukannya ingin dipuji/disanjung oleh orang lain kerana berpakaian cara yang tertentu. Jangan ada perasaan riak dan jangan pula memandang serong terhadap golongan yang tidak berpakaian seperti pakaian yang kita pakai kerana Allah maha mengetahui apa yang tersirat di dalam isi hati hamba2Nya.

Ini adalah kerana disisi Allah, "pakaian taqwa itulah yang paling baik" sebagaimana firmanNya dalam surah Al-A'raaf (7) : ayat 26 -
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
"

Dalam ayat diatas (7:26), Allah tujukan kepada "anak Adam", bermaksud ianya adalah untuk semua manusia, tidak mengira lelaki atau perempuan, juga tidak mengira apa agamanya, pegangan hidupnya, bangsanya, keturunannya, warna kulitnya mahupun cara kehidupannya. Ia ditujukan kepada seluruh manusia kerana Al-Quran bukanlah hanya untuk orang2 yang beragama Islam sahaja tetapi untuk seluruh umat manusia - lelaki dan perempuan. 

Yang jelas, "pakaian taqwa itulah yang paling baik" bermaksud, KETAQWAAN seseorang itu terhadap Yang Maha Pencipta, bukanlah ianya diukur dari pakaian luaran seseorang itu sahaja. Mana mungkin kaum lelaki diwajibkan memakai purdah sekiranya dengan berpakaian tersebut dianggap "pakaian taqwa"? Tentulah tidak adil bagi pihak lelaki, bukan?

Jelaslah di sini, "pakaian taqwa" bermaksud bukanlah pakaian luaran, tetapi ketaqwaan seseorang itulah "yang paling baik" di sisi ALLAH SWT.

Hendaklah kita sentiasa berniat baik serta bersangka baik dan janganlah sekali-kali kita menilai iman orang lain melalui cara mereka berpakaian kerana yang berhak menilai iman manusia hanyalah ALLAH SWT.

Doakanlah yang baik2 buat mereka kerana itu lebih baik buat kita dari kita berburuk sangka terhadap orang lain.


PERHATIAN:
Post ini tidak bermaksud sama sekali memandang negatif kepada sesiapa yang berjubah, berserban, berkopiah, bersongkok, berhijab dan berpurdah. Tidak pula mengiakan atau menyokong sesiapa yang memakai pakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak memenuhi hukum syara'. 
Post ini adalah berkenaan definasi "pakaian taqwa". Harap maklum.