I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Pan-fried Salmon with steamed Veggies


Assalamua'laikom wbt kepada semua. Terlebih dahulu akak nak ucapkan terima kasih kepada yang telah sudi berkunjung ke 'rumah' akak yang tak berapa meriah ni. Dah lama sangat akak tak updatekan blog akak ni. Sebenarnya mood nak berblogging ni pun dah mula menurun... So, akak kenelah recharge balik mood yang telah menurun tu! So... Ready...set...recharge!! 

OK lah..untuk entry akak harini, akak ada resipi pan-fried salmon with veggies. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah mencubanya mengikut cara akak atau ikut style masing-masing.

BAHAN-BAHANNYA : 
  1. potongan ikan salmon - 2 keping
  2. garam bukit - secukup rasa
  3. bawang putih - 3 ulas (ditumbuk lumat)
  4. Apple Cider Vinegar - 1 sudu besar
  5. oyster sauce - 1 sudu besar
  6. sedikit perahan lemon
  7. black pepper menggunakan grinder - secukup rasa
  8. Extra Virgin Olive Oil
  9. ubi kentang - jenis russet potato
  10. carrot
  11. asparagus
  12. broccoli
  13. kacang peas dalam tin - 1 tin
Sukatan bahan-bahan di atas bolehlah ditambah atau dikurangkan mengikut kuantiti kepingan ikan.

CARA-CARA MEMERAP (MARINATE) IKAN :
  1. Ikan yang telah dibasuh, dilumur-ratakan dengan sedikit garam dan bawang putih.
  2. Bancuhkan apple cider vinegar dan oyster sauce di dalam mangkuk. Then, lumur-ratakan bancuhan tersebut pada ikan.
  3. Perahkan lemon ke atas ikan dan ratakan.
  4. Dengan menggunakan black pepper grinder, taburkannya di atas keseluruhan ikan. 
  5. Simpan di dalam bekas yang bertutup.
  6. Simpan di dalam fridge (bukan freezer) untuk sekurang-kurangnya 2 jam. Lebih lama, lebih enak

CARA-CARA MEMASAK DAN PENYEDIAANNYA :

    1.  Russet potato dikupas kulitnya dan dipotong cube.

    2.  Carrot dipotong mengikut cara masing-masing.

    3.  Bahagian batang asparagus yang liat dibuang. Ambil bahagian batangnya yang lembut sahaja.

    4.  Broccoli dipotong mengikut cara masing-masing.

    5.  Kacang peas dalam tin, di buang airnya, dibasuh di bawah air lalu (under running water) dan ditoskan.

    6.  Kukus kesemua sayur-sayuran kecuali kacang peas, tapi jangan terlalu lama. Kentang hendaklah dikukus sehingga empuk.

Dengan menggunakan pengukus dari Tupperware, Steam It, tempoh mengukus tidak mengambil masa yang lama, iaitu 2-3 minit saja selepas air di dalam kuali itu mendidih dan rasa sayur-sayuran yang dikukus cukup enak dan rangup. Mengukus kentang pula akan mengambil masa yang lama sedikit mengikut banyak mana kuantitinya.

    7.  Panaskan non-stick pan dan lembapkan permukaannya dengan sedikit extra virgin olive oil.

    8.  Stir fry sayur-sayuran yang telah dikukus tadi mengikut jenisnya satu persatu dan taburkan sedikit garam dan juga black pepper. Balik-balikannya. Bolehlah tambahkan sedikit extra virgin olive oil sekiranya kuali tidak lagi lembab. Memandangkan sayur-sayuran tadi telah dikukus, jadi tidak perlulah masak terlalu lama. Angkat dan ketepikan.

    9.  Ulangi langkah yang sama pada kentang. Kentang hendaklah dibalik-balikkan supaya masaknya sekata. Setelah masak, angkat dan ketepikan.


   10.  Keluarkan ikan salmon dari peti ais dan goreng di atas kuali non-stick pan yang telah dilembapkan dengan sedikit extra virgin olive oil seperti menggoreng sayur-sayuran tadi. Jangan lupa taburkan black pepper menggunakan black pepper grinder. Balik-balikkan dan masaklah hingga warnanya bertukar agak keemasan. Untuk mengelakkannya dari menjadi terlalu kering dan tidak juicy, jangan goreng terlalu lama.

   11.  Akhir sekali, hidangkanlah ikan salmon bersama-sama sayur-sayuran tadi dan makan lah sewaktu ia masih panas. 


Tididi...!! Beginilah rupanya! Hidangan ini boleh dimakan pada bila-bila masa dan ianya cukup berkhasiat dan menyelerakan. Selamat mencuba!!

Saturday, November 27, 2010

Ikan patin dari Pahang masak gulai tempoyak

 Assalamu'alaikum w.b.t. kepada semua...

Dah lama akak tak masukkan entry masakan. Sebabnya ialah "tak rajin", tapi harini akak ada resipi gulai lemak tempoyak ikan patin. Kemarin, adik ipar akak yang tinggal kat Pekan, Pahang ada belikan ikan patin dari Pahang kiriman hubby akak. Since dia and his family nak turun ke K.L., so dia pun belikan untuk kami. Semalam baru akak dapat masak ikan patin tu. 


Akak pernah beli ikan patin kat K.L. ni dan dah macam-macam cara akak buat untuk hilangkan bau lumpur dan hanyir ikan tu, tapi langsung tak berkesan! Last-last, akak buang aje ikan tu sebabnya bila dah dimasak pun, baunya masih lagi tak hilang dan rasanya pulak tak tertelan! Tapi, ikan patin dari Pahang ni, tak berbau hanyir atau pun ada rasa lumpur pun and rasanya sungguh sedap!

Akak sekeluarga memang suka makan gulai ikan patin masak tempoyak ni, kadang-kadang Abang sanggup drive ke Temerloh bawak kitorang ke sana, just untuk makan ikan patin masak tempoyak. 

OK lah, di bawah ini ialah resipi gulai ikan patin masak tempoyak yang akak masak semalam.

BAHAN-BAHAN :


  1. 1 ekor ikan patin
  2. bawang merah kecil - 4 ulas (ada orang tak guna bawang langsung)
  3. cili padi kampung - 30 biji (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut suka)
  4. kunyit hidup
  5. asam keping - 4 keping (ikut saiz)
  6. tempoyak - 5 sudu besar
  7. bunga kantan 
  8. daun kesum
  9. air - ikut kepekatan kuahnya agar tidak terlalu pekat atau terlalu cair
  10. garam secukup rasa      
CARA-CARA MEMASAK :
  1. Setelah disiang, ikan patin dicuci bersih bersama-sama asam jawa atau limau kasturi/limau nipis dan rendamkannya dengan air asam jawa sementara menunggu bahan-bahan lain ditumbuk. Ikan dipotong kepada 3 atau 4 bahagian mengikut saiz.
  2. Cili padi, kunyit hidup dan bawang merah ditumbuk sehingga lumat (akak prefer guna batu lesung).
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi kedalam periuk.
  4. Campurkan tempoyak dan sedikit air dulu. Sebatikan dan hidupkan api dapur.
  5. Didihkan. 
  6. Masukkan asam keping, bunga kantan yang telah dibelah 4 dan daun kesum.
  7. Jika terlalu pekat, bolehlah tambahkan air lagi. Biarkan ia mendidih.
  8. Masukkan ikan patin dan biarkan kuahnya mesra dengan ikan. Masak dengan api yang sederhana.
  9. Masukkan sedikit saja garam sebab tempoyak sudah ada rasa masin. 
  10. Sesuaikan rasa garamnya dan kepekatan kuahnya. Jangan terlalu pekat kerana apabila sejuk nanti, kuahnya akan menjadi sedikit pekat disebabkan tempoyak tadi. Jugak jangan terlalu cair.
Tadaaaa....gulai ikan patin masak tempoyak siap dihidangkan! Makanlah bersama-sama nasi sewaktu masih panas.


Gulai yang akak masak semalam tiada daun kesum sebab bila nak beli di kedai berdekatan rumah akak, daun kesumnya dah habis. Masakan ini memang perlu ada daun kesum sebab ianya akan membuatkan aroma dan rasanya lebih mengancam!!


Sunday, October 31, 2010

Nasi Lemak Brown Rice dgn Ikan Selar Kuning Goreng

Akak rasa ramai yang dah tahu macamana nak masak nasi lemak. Jadi, tak payahlah akak catatkan cara-cara bagaimana nak buat nasi lemak ni. Apa yang akak nak bagitau di sini ialah nasi lemak yang akak buat tadi ialah menggunakan beras perang atau brown rice. Ini adalah kali pertama akak memasak nasi lemak dengan menggunakan brown rice. 

Kami sekeluarga memang dah lama makan brown rice. Ramai yang sedia maklum tentang kebaikan brown rice ni. Kalau nak tahu tentang perbezaannya dengan white rice dari sudut kesihatan, boleh lah visit entry akak yang sebelum ini di sini. So, rasanya kami tak ada masalah dengan brown rice walau dalam apa jua cara masakannya. Rasanya tak ada beza dengan rasa white rice dan cara memasaknya juga sama.

Bahan-bahan yang akak gunakan untuk memasak nasi lemak ini ialah - brown rice, air, santan, 1 helai daun pandan (disimpul) dan sedikit garam secukup rasa. Sebatikan dan masaklah seperti memasak nasi biasa. Apabila nasi siap dimasak, baunya sungguh harum dan enak dimakan.

Akak sebenarnya dah rindu sangat-sangat nak makan nasi lemak bersama dengan ikan selar kuning goreng. Nasi lemak dengan ikan goreng ini adalah dari Singapura. Di Malaysia, menu nasi lemaknya, tiada ikan goreng. Masa baru-baru pindah ke sini dulu, sekitar tahun 1980an, akak rasa pelik bila tengok nasi lemak yang dijual di sini, penuh dengan lauk-pauk, seperti daging dan ayam dimasak rendang dan kicap, sayur-sayuran dll.

Di Singapore dulu, nasi lemak dimakan dengan ikan selar kuning goreng (wajib), telur dadar atau telur rebus atau telur goreng mata kerbau, sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan timun. Tapi sekarang lauk-pauknya juga sudah bertambah dan pelbagai, sama seperti di Malaysia. Zaman sudah berubah, citarasa juga berubah.

Nak tahu tak cara-cara bagaimana akak buat sambal tumis ikan bilisnya? Caranya berbeza dengan sambal tumis ikan bilis untuk dimakan dengan nasi biasa. Begini....

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS UNTUK NASI LEMAK
BAHAN-BAHANNYA :
  1. bawang merah kecil - 10 ulas
  2. bawang putih - 3 ulas
  3. segenggam ikan bilis, dibasuh dan ditoskan
  4. cili mesin - lebih kurang 3 sudu besar (jika suka lebih pedas, tambahkan sukatannya) 
  5. air asam jawa (secukup rasa)
  6. gula (secukup rasa)
  7. garam (secukup rasa)
  8. minyak masak untuk menumis

CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL :
  1. Satukan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam blender jar. Blend sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
  3. Apabila minyak telah panas, tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga terbit bau.
  4. Masukkan cili mesin dan pastikan cili betul-betul masak iaitu sehingga terbit minyak.
  5. Masukkan gula dan masak sehingga kelihatan agak berkilat.
  6. Masukkan air asam jawa dan juga garam.
  7. Biarkan ia mendidih dan masak dengan api yang sederhana.
  8. Rasakan gula dan garamnya. Pastikan rasanya tidak terlalu manis atau pun masin.
  9. Biarkan sambal betul-betul masak dan bila sudah masak, tutupkan api.
 * Akak memang tak letak belacan dalam semua masakan akak, kecuali dalam lauk sambal belacan aje :) *

LAUK-PAUK TAMBAHAN (ASAS) :
  1. ikan selar kuning goreng (originally, ikan jenis ini yang digunakan)
  2. telur dadar, telur goreng mata kerbau atau telur rebus,
  3. ikan bilis goreng 
  4. kacang tanah goreng dan
  5. hirisan timun

* Lauk-pauk tambahan dalam resipi ini adalah lauk-pauk asas untuk nasi lemak Singapore dulu. Kini, terdapat banyak lauk-pauk yang boleh dimakan bersama-samanya. 


Jemput-Jemput Nasi dengan Ikan Bilis

Kali pertama akak makan jemput-jemput nasi ini ialah semasa akak sekeluarga masih menetap di Singapura lagi. Sesekali bila balik ke kampung, kakak sepupu akan hidangkan kitorang dengan jemput-jemput ni. Akak baru perasan ini adalah jemput-jemput nasi bila dikoyak jemput-jemput ni, akan kelihatan butiran-butiran nasi. Tapi masa itu, kakak sepupu tak campur dengan ikan bilis dan bawang pun. Cuma nasi dan tepung gandum aje, rasanya memang sedap dan walaupun jemput-jemputnya dah sejuk, tapi ia tetap lembut dan gebu. Bila akak dah ada keluarga sendiri, akak pun modify lah resipi asal kakak sepupu akak tu. Berikut adalah resipi versi akak.....

BAHAN-BAHANNYA :
  1. 2 cawan nasi
  2. 1/2 cawan ikan bilis, dibasuh dan dibahagi kpd 2 bhgn (1 bahagian untuk dimesin & 1 bahagian, ketepikan dulu)
  3. 2 1/2 cawan tepung gandum
  4. 2 cawan air
  5. 1 biji bawang besar, dihiris
  6. 1 biji cili merah, dihiris
  7. sedikit daun sup & daun bawang, dihiris halus
  8. garam secukup rasa
  9. minyak masak untuk menggoreng 

CARA-CARA MEMBUATNYA :
  1. Di dalam blender jar, masukkan nasi, 1 bahagian ikan bilis, tepung gandum, air dan garam. Blend separa hancur (jangan sampai lumat).
  2. Keluarkan adunan dan tuangkannya ke dalam mangkuk. 
  3. Campurkan 1 lagi bahagian ikan bilis, hirisan-hirisan bawang, cili merah dan daun sup & daun bawang ke dalam adunan yang telah diblend tadi.
  4. Sebatikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan apabila minyak masak, jemput-jemputkan adunan tadi ke dalam kuali menggunakan tangan ataupun sudu. 
  6. Gorenglah adunan dengan api yang sederhana dan sehingga kekuningan.
  7. Angkat, toskan dan letakkannya di atas paper towel untuk menyerap lebihan minyak.
  8. Hidanglah dengan sos kegemaran anda. 


    Friday, October 29, 2010

    Mee Siam Singapore

    Pernah makan mee siam tak? Dah lama betul akak tak makan mee siam! Teringat masa zaman persekolahan dulu, mee siam ni lah makanan favourite akak kalau makan kat kantin sekolah. Mee siam ni berasal dari Singapura, so kalau engkorang pegi ke Siam, janganlah buang masa nak cari2 mee siam kat sana...buat penat aje sebab tak kan jumpa punya! Tom yam adalah....! Heheee...

    Mee siam datang dengan pakej iaitu meehoon goreng bersama taucu dan kuah taucunya. Jadi bahan asasnya tentulah taucu. Kalau tiada taucu dalam masakan ni, jangan sekali-kali namakannya mee siam eh... Selain dari taucu yang membezakan meehoon goreng ni berbeza dari meehoon goreng biasa ialah, dalam penyediaan mee siam ni tidak memerlukan sayur-sayuran seperti sawi, kobis atau pun carrot. Jugak tak perlu nak tarok fish ball ke, fish cake ke atau apa jenis ball pun! Tak payah nak membazir-bazir duit.... :D

    Yang diperlukan ialah udang kering dan udang basah yang bersaiz kecil. Sayurannya pulak, cumalah taugeh dan daun kucai sebagai garnishing. Kuahnya pulak mesti ada rasa sedikit pedas, manis dan yang paling penting mesti kena ada rasa masam. Jadi, kepada sesiapa yang tak suka masakan yang ada rasa masam, jangan lah paksa diri untuk makan mee siam ni, cuma jangan menyesal di kemudian hari...sebab rasanya memang yummy! Betol....akak tak tipu punya!

    OK lah, sekarang akak nak bagitau bahan2 dan cara2 penyediaannya. Masalahnya kalau akak masak, akak takde lah ikut betul2 banyak mana bawang yang nak digunakan atau berapa inci halia tu ke... So, engkorang agak2 sendiri aje lah ye sebab apa2 pun yang kita buat, "practice makes perfect" - the more you practice, the better you will become. Mula2 memanglah tak berapa jadi, kalau selalu buat, barulah jadi...Akak bagi anggarannya aje tau..... 

    BAHAN-BAHAN UNTUK MENGGORENG :
    1. 1 pkt meehoon - direndam dengan air bersuhu bilik hingga lembut dan toskan airnya. Jangan sesekali merendam meehoon dengan air panas sebab nanti ia menjadi masak dan bila hendak digoreng, menjadi hancur. Bila dimakan dengan kuah meehoonnya pulak nanti, tak tau lah akak nak cakap apa... ;))
    2. bawang merah kecil - 10 ulas
    3. bawang putih - 4 ulas
    4. sedikit halia
    5. 3 sudu besar udang kering (agak2 lah, dah selalu buat nanti, pandailah) - jangan terlalu banyak atau terlalu sikit (kena ada rasa udang keringnya)    
    6. taucu paste (yg separuh hancur, jangan terlalu hancur) - 1 sudu besar
    7. tahu putih - digoreng dan dipotong dadu (bukan dipotong nipis memanjang)
    8. cili mesin - 1 sudu besar atau ikut suka (kalau suka pedas, lebihkan cilinya)
    9. taugeh 
    10. udang basah bersaiz kecil - dikopek kulitnya
    11. garam secukup rasa       

    CARA-CARA MENGGORENG MEEHOON :
    1. Tumbuk bahan2 seperti udang kering, halia, bawang merah dan bawang putih hingga lumat (nak guna blender pun boleh, but I prefer tumbuk dengan batu lesung aje).
    2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga terbit bau.
    3. Masukkan cili mesin dan tumis hingga cili masak, then masukkan taucu. Tumis hingga taucu masak.
    4. Masukkan udang - tidak perlu tunggu udang betul2 masak supaya ia tidak menjadi kecut dan keras.
    5. Kalau perlu, tarokkan sedikit aje garam sebab udang kering dan taucu sudah sedia masin.
    6. Masukkan meehoon yang telah ditos tadi dan mesrakan ia dengan bahan2 tumisan.
    7. Then masukkan tahu yang telah dipotong dadu dan gaulkan bersama meehoon.
    8. Tutupkan api, barulah masukkan taugeh. Jangan masukkan taugeh tu "siang2" (maksudnya "jgn masukkan terlalu awal", hehee..), nanti cepat pulak taugeh tu layu and tak nampak fresh pulak.
    9. Put aside.
    Beginilah rupanya bila meehoon siap digoreng. Kat dalam gambar ni, akak tarok udang besar, sebab kebetulan udang ni aje yang ada kat dalam freezer and akak pulak malas nak keluar pegi beli udang kecik tu. Masakan ni memang lebih sesuai guna udang kecil dan itu lah juga yang membezakan meehoon goreng ni dari meehoon goreng yang lain.


    BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH TAUCU :
    1. bawang merah kecil - 10 ulas
    2. bawang putih - 4 ulas
    3. sedikit halia
    4. segenggam udang kering
    5. taucu paste (yg separuh hancur, jangan terlalu hancur) - 3-4 sudu besar
    6. cili mesin - 1-2 sudu (ikut suka)
    7. udang basah bersaiz kecil - dikopek kulitnya
    8. air asam jawa - perlu ada rasa masam, tapi janganlah terlalu masam
    9. gula dan garam secukup rasa

    CARA-CARA MEMBUAT KUAH TAUCU :
    1. Follow steps 1-4 dalam cara2 menggoreng meehoon tadi, cuma kene guna periuk, tak bolehlah guna kuali.
    2. Isikan air, ermmm...agak2lah..mula2 ni jangan banyak sangat sebab lepas ni, nak tarok air asam jawa.
    3. Tarok air asam jawa dan sesuaikan rasanya. Kalau kurang airnya, bolehlah ditambah. 
    4. Biarkan ia mendidih. Tarok sedikit gula dan garam (jangan terlalu banyak garam sebab taucu dan udang kering sudah ada rasa masin).
    5. Sesuaikan kuahnya. Kuahnya hendaklah cair, tapi berperisa...ada rasa pedas, manis sikit, masin dan yang penting sekali, mesti ada rasa masam sikit. Kacau dan biarkan ia mendidih.
    6. Apabila sudah cukup rasanya, bolehlah tutupkan api dapur.  
    * Bila memasak, gunakanlah api yang sederhana. *

    BAHAN-BAHAN HIASANNYA (GARNISH) :
    1. daun kucai dihiris
    2. bawang goreng
    3. limau kasturi di belah dua
    4. telor rebus yang dibelah dua ke...empat ke...

    CARA-CARA MENGHIDANGKANNYA :

    Tarok meehoon goreng ke dalam pinggan, then tarok kuahnya ke atas meehoon. Lepas tu, hiasilah dengan daun kucai, bawang goreng, limau kasturi dan telor rebus. Akhir sekali, ambiklah gambarnya sebelum dimakan, then tunjukkan kat akak...hehehe.. Lepas tu apa lagi, makan lah....hmmmmm.....sedappppp!!

    Hah...beginilah rupanya bila dah siap. Masakan ni memang ada rasa masam sikit. Kalau tak...bukan mee siam namanya... Kenalah pulak bagi nama lain nanti....hehee.....


     

    Friday, September 3, 2010

    Cendawan Tiram Goreng Rangup

    Pernah cuba goreng cendawan tak? Tadi akak cuba ikut nasihat pakar iaitu En. Nasron tentang bagaimana caranya nak menggoreng cendawan cara yang betul. Tapi akak tak ikutlah 100% resipinya. Seperti biasa, akak akan gunakan apa yang ada kat dapur and malas pulak nak beli bahan yang akak jarang guna nanti. Lagi satu, akak plus minus lah sendiri ikut citarasa akak, tapi tak lari lah dari tips2 penting yang dia bagi. Appreciate it a lot!


    Menurut kata En. Nasron, "Jangan sesekali mencuci atau membasuh cendawan tiram! Cukup mengibas-ngibaskannya untuk membuang habuk yang melekat. Kalau kotor, buang je la. Sebenarnya cendawan ni tak perlu dikhuatiri kebersihannya sebab proses penanamannya sendiri memang cukup bersih. Cendawan ni sensitif terhadap kebersihan. Kalau tak bersih, tak tumbuh lah dia!"

    high in protein, low in fat and no cholesterol

    "Kalau korang cuci, atau cendawan tu dah kena air, dia akan meresap air tersebut. Bila korang goreng, tekstur dalaman cendawan tu tetap basah sebab air cucian itu. Tepung tak akan dapat meresap masuk kedalam liang-liang dalam cendawan. Ini menyebabkan rasa jadi kureng dan cendawan jadi lembik! Begitu juga kalau korang bikin capcai atau masukkan dalam sup, tolong jangan cuci. Jika tidak, cendawan tidak akan meresap air sup, atau rempah capcai, malah masih tetap menahan air cucian tadi. Oleh itu, INGAT! JANGAN CUCI CENDAWAN TIRAM JIKA NAK MASAK ATAU GORENG! Korang cuci baju lagi baik laaa." Hahaha...kelakar betullah En. Nasron ni! 

    Memang betullah apa yang dia bilang. Dulu kalau nak goreng cendawan ni, mesti akak cuci dulu. Sceptical gitu! Hasilnya, teksturnya tak cantik. Kalau tak betul proportion tepungnya pulak, rasanya kurang menyelerakan.


    BAHAN-BAHANNYA :
    1. proportion 3 jenis tepung hendaklah sama, depends on berapa banyak kuantiti cendawan yang hendak digoreng. Tadi akak guna sukatan cawan hidang untuk tetamu tu...setiap 1/2 cawan, untuk tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung.
    2. 1 biji telur ayam - kalau lebih akan serap minyak
    3. sedikit serbuk kunyit - supaya nampak golden brown bila dah digoreng nanti
    4. sedikit garam
    5. 1 sudu besar air kapur sireh (untuk merangupkan)
    6. tumbuk lumat beberapa biji bawang merah - supaya lebih berperisa dan harum baunya
    7. sukatan air kene agak2, jangan terlalu cair atau pun pekat   

    CARA-CARA MEMBUAT BATTER :
    1. Pukul telur dan masukkan ketiga-tiga jenis tepung sedikit2 sambil kacau rata.
    2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat kepekatan yang sesuai. Jangan sampai terlalu cair.
    3. Masukkan air kapur, garam dan kunyit serbuk, jugak bawang merah yang telah ditumbuk lumat tadi. Mesrakan adunan.
    4. Panaskan minyak yang agak banyak, sebab kita buat cara deep frying.
    5. Apabila hendak menggoreng, pastikan minyaknya BETUL2 PANAS dan JANGAN SESEKALI MERENDAM cendawan di dalam adunan tepung. Bila hendak menggoreng, barulah kita celupkannya di dalam adunan tepung tadi.
    6. Tidak perlu goreng terlalu lama, cukuplah apabila ia menjadi golden brown dan tepungnya masak.
    Mmmmm....hasilnya cendawan menjadi rangup dan tidak berminyak!

    ** Mungkin ada yang akan mempertikaikan, tidak salahkah kita memakan makanan yang tidak berbasuh? Jangan pening2kan kepala. Tidak ada dalam ayat Qur'an atau hadis pun yang mengatakan kita harus membasuh setiap makanan yang hendak kita makan. Yang mengikut hukum ialah makanan itu hendaklah "halalan toyyiba" (halal lagi baik), bersih dan bebas dari najis. Sebab itu tidak perlulah membasuh dahulu cendawan ni. Kalau boleh, pilihlah cendawan yang segar especially yang pesticide-free atau ditanam secara organik. Bukankan kita jugak tidak perlu membasuh dulu buah2an yang kita petik dari pokok seperti kurma, rambutan, durian dan banyak lagi buah2an lain. So don't worry, be happy!!

    Silalah cuba tau.... :) Ini lah cendawan yang akak goreng tadi...



    ** Sumber artikel atau resipi asal ialah dari nasron.wordpress.com "Apabila Nasron Menulis".


    Thursday, September 2, 2010

    Sambal Sardin and Mee Hailam

    Pening jugak kepala nak memikirkan apa yang hendak dimasak untuk sahur. Kalau untuk berbuka, akak rasa takde masalah sebab boleh beli aje kat bazar. Hmmm...macam sahur semalam, kitorang makan sambal sardin dan lauk favourite Abang, tumis air kentang + carrot + cendawan and kalau ada banyak lagi bahan2nya, lagi dia suka! Yang penting, tumis air atau sup2, tak kiralah apa versi atau style pun...Akak pulak can't live without lauk pauk yang pedas2. Mmmm...lebih pedas, lebih bagus! So, ini lah dia sambal sardinnya...

     

    Untuk berbuka tadi, akak masak mee hailam. Malas pulak nak keluar ke bazar. Ermmm...makan aje lah apa yang ada....



    Tuesday, August 31, 2010

    Spiral Pasta with Tuna Flakes

    Planned tadi nak pegi Econsave Supermarket and lepas tu sebelum balik ke rumah, nak terus ke bazar Ramadan, al-maklumlah kan...tapi....MasyaAllah! Punya lah banyak kereta! Nampaknya kene lah tawaf dulu sebelum dapat parking. Tawaf punya tawaf punya tawaf, sampai terlupa dah nak kira berapa kali, last2 anak akak yang dah boring, ajak balik aje and bagi idea supaya datang lagi the next day. After all, hujan dah mula turun. So, terpaksalah balik...and dalam perjalanan, what a downpour! Hujan turun tersangatlah lebat! Nasib baik ada assistant kat sebelah, kalau tak...jalan selekoh pun akak redah aje sebab mata dah "potek" (hahah...bahasa org S'pore, meaning rabun..huhuhu), tak nampak jalan sebab hujan tersangatlah lebat!

    Bila dah sampai rumah, rasa malaslah pulak nak keluar balik ke bazar. Nak tak nak, kenalah cari idea apa yang boleh dimasak utk berbuka nanti. Takde mood lah nak masak nasi dan lauk.

    Nasib baik ada San Remo Vegeroni Spiral. Bolehlah akak bikin pasta! Nasib baik jugak ada Tuna Flakes in Sunflower Oil, Cheddar cheese, Mayonnaise, McCormick Parsley Flakes dan McCormick Italian Herbs. Adalah jugak sikit broccoli dan cendawan tiram. So cukuplah...kita yang buat dia, bukannya dia yang buat kita kan... Tapi kalau ada cendawan butang bertambahlah sedapnya.

    Mula-mula akak...
    1) masukkan Vegeroni Spiral pasta ke dalam air panas yang telah dibubuh garam dan rebus sehingga masak ala-ala "al dente" (cooked through, but still firm), dan akak tarok sedikit minyak masak ke dalam air rebusan pasta. Gaul. Tujuannya supaya pasta tidak melekat selepas kita tapis airnya. Boleh jugak, selepas ditapis pasta tersebut, tuangkan sedikit minyak zaitun di atas pasta semasa masih panas dan gaul rata untuk melembabkannya. Ingat...jangan sesekali menjirus lagi pasta (apa jenis pun) dengan air demi untuk mengekalkan rasa sebenar pasta tersebut.


    2) Panaskan sedikit Extra Virgin Olive Oil dan tumiskan bawang putih dan bawang besar kuning yang telah dipotong dadu sehingga sedikit layu, bukannya garing.
    3) Masukkan Tuna Flakes in Sunflower Oil yang telah ditapis minyaknya. Hancur2kannnya, tapi janganlah sampai hancur sangat.
    4) Masukkan 4 sudu besar Mayonnaise dan 4 keping Cheddar Cheese. Biarkan cheese cair dan kacau rata. Ada orang tarok butter lagi, tapi bagi akak Mayonnaise and Cheddar Cheese sudah mencukupi. Kalau too rich, muaklah. High cholesterol lagi!
    5) Memandangkan akak takde Whipped Cream dan lemon di rumah, tapi ada Apple Cider Vinegar, akak pun tuangkannya sedikit ke dalam kuali. Tambahkan air supaya tidak terlalu pekat. Actually, akak pun tak suka tarok Whipped Cream sebab nanti kalau too creamy, ermmm...muak jugak jadinya. So, ikut citarasa masing-masinglah ya...
    6) Lepas tu, akak pun masukkanlah broccoli dan cendawan tiram yang hanya ada sedikit aje kat rumah. Tutupkan api, tidak perlu tunggu lama.

    Akak langsung tidak tarok garam dan gula dalam masakan ini sebab rasa masin dan manis dalam Mayonnaise dan Cheese sudah mencukupi.
    So...Tadaaaa.....sosnya sudah siap!

    Bila hendak makan, letakkan pasta di dalam pinggan dan sendukkan sos ke atas pasta. Grind some black pepper dan sprinkle some McCormick Parsley Flakes and McCormick Italian Herbs. Makanlah sewaktu masih panas. Boleh jugak digaulkan sekali pasta dengan sosnya terlebih dahulu sebelum dihidangkan.



    Monday, August 30, 2010

    Asam Pedas dan Steamed Bread Pudding with Evaporated Creamer and Caramelized Sugar

    Harini akak tak beli juadah kat bazar sebab Abang buka puasa di rumah and lagipun dah boring pulak rasanya bila selalu sangat makan juadah bazar Ramadan tu. So harini akak masak lauk kegemaran keluarga iaitu asam pedas ikan tenggiri. Akak tidak bubuh belacan atau daun kesum atau daun limau purut atau bunga kantan dalam masakan asam pedas ni sebab akak guna ikan tenggiri. Kalau guna ikan pari, akak guna jugak daun kesum. Buat pengetahuan semua, akak dah bertahun tak letak belacan dalam masakan akak, even dalam sambal tumis pun, melainkan nak masak sambal belacan aje. Resipinya cukup simple. Selain dari menggunakan bahan2 asas seperti bawang merah (biar banyak), bawang putih, halia dan serai, akak juga tumiskan sedikit halba. Mmmm....baunya sungguh harum!

    Asam pedas tanpa belacan

    Akak bikin jugak puding kukus roti bersama kismis kegemarannya (harap2 betul lah namanya yang akak tulis ni...hehehe). Kalau salah, tolong bagitau eh... :)

    Sebenarnya rasa segan jugak nak masukkan resipinya di sini sebab akak rasa ramai yang dah tau buat puding ni. Tapi resipi yang akak buat ni, tak macam yang selalu akak buat. Biasanya, akak guna gula pasir biasa, tapi kali ni akak cuba guna gula dari ekstrak daun Stevia keluaran Stevico iaitu  Stevico Sweetermix  (sila rujuk linknya). Kami sekeluarga dah lama tak gunakan gula pasir yang biasa tu. Puding roti ni boleh jugak dibakar. So kepada sesiapa yang ingin mencubanya, akak ada sertakan resipinya (cara kukus dan cara bakar).

    Bahan2nya :
    1) roti - 9 keping
    2) telor - 4 biji
    3) gula - 3 1/2 sudu kecil gula  Stevico Sweetermix  ATAU 1 cawan gula biasa (saiz cawan utk tetamu - akak tak guna susu pekat manis dan ini puding roti - so, kalau kurang gula, nanti jadi kurang manis pulak)
    4) susu cair (e.g. Carnation @ Ideal) - 1 tin
    5) air - 500 ml
    6) kismis kuning (raisins) - 2 kotak kecil
    7) perisa vanila - 1 sudu kecil
    8) 1 sudu kecil garam (supaya ada rasa lemak bukan masin)
    9) * marjerin Planta (jika memilih untuk membakar)*

    Kemanisan gula: 1/2 sudu kecil gula Stevico Sweetermix = 7 sudu kecil gula biasa

    Cara2 membuatnya (Cara Kukus) :
    1) Buat gula hangus (caramelized sugar) - sila visit link ini : http://youtu.be/ltsFE9mr-x4 untuk menonton cara2 membuatnya, iaitu untuk:
    a) diletakkan ke dalam acuan sebelum dituangkan adunan puding.
    ATAU
    b) dituangkan ke atas puding ketika hendak menjamu selera.
    2) Roti dikoyak2kan dan direndam ke dalam 500 ml air sehingga kembang.
    3) Campurkan susu cair ke dalam adunan roti yang telah direndam tadi. Sebatikan.
    4) Pukul telor bersama gula sehingga kembang, tapi tidak perlu terlalu kembang.
    5) Tuangkan adunan telor + gula ke dalam adunan roti + susu tadi. Sebatikan.
    6) Masukkan 1 sudu kecil garam dan perisa vanila. Sebatikan.
    7) Tuangkan adunan ke dalam acuan.
    8) Taburkan kismis ke dalam adunan.
    9) Kukus sehingga masak.

    * Cara Bakar - cedokkan beberapa scoop marjerin dan letakkan ke beberapa tempat di atas adunan sebelum dibakar di dalam oven agar apabila adunan siap dibakar nanti, texture puding akan menjadi seperti roti bakar gitu....

    Bila sudah masak, biarkan puding @ room temperature, then tutup dengan plastic wrap @ dipanggil cling film, supaya permukaan puding tidak menjadi terlalu kering (sbb bahan asasnya ialah roti). Then, simpan di dalam fridge.

    Apabila hendak menjamu selera - setelah memasukkan potongan puding di dalam mangkuk, di atas puding tersebut, tuangkan susu cair dan gula hangus (sekiranya gula hangus tidak dicampur ketika memasak puding), mengikut citarasa masing2. Akak sekeluarga lebih prefer cara begini sebab kita boleh tambah susu dan gula hangus mengikut keinginan masing2, bila2 masa. Kalau nak lebih lemak, maka lebihkanlah susunya dan kalau nak lebih manis, tambahkan aje gula hangusnya.

    Hmmmm.... yummilicious!!!! Paling best, makan semasa sejuk. Hah...apa lagi...cubalah...jangan tak cuba...!!! :)



    Sunday, August 29, 2010

    Simply Vegetables

    Sahur semalam akak masak mixed veggies dan seperti biasa akak guna pengukus dari Tupperware, Steam It. Steam It ni ada 2 tingkat, jadi kalau banyak sayurannya, boleh gunakan kedua2nya sekali. Tidak mengambil masa yang lama untuk mengukusnya. Lebih kurang 3-4 minit, all the veggies siap dikukus. Akak masak guna sayur2an yang memang dah sedia ada kat dalam fridge. Kalau ada banyak jenis, lagi bagus. Very simple, tak tarok udang atau any meat pun. Simply vegetables! Cara memasaknya pun simple aje.

     

    Potong dadu 3 ulas bawang putih dan tumis dengan menggunakan sedikit aje minyak zaitun. Bila dah terbit bau bawang putih, masukkan hirisan kecil 3-4 batang cili padi, sedikit sos tiram dan hanya sedikit air. Kacau. Masukkan sedikit aje garam, not too much. Bila air dah mendidih, masukkan kesemua sayuran yang telah dikukus bersama-sama hirisan bawang besar. Gaul dan terus tutupkan api.

    Last sekali, renjiskan sedikit minyak bijan. Kacau rata. Akak memang suka gunakan minyak zaitun dan minyak bijan dalam masakan sayur sebab kedua-duanya sungguh berkhasiat. Akak tak tarok air tepung jagung sebab akak sukakan the natural taste and the crunchiness of the vegetables. Kalau ada udang ke, sotong ke, lagi sedap! Masakan ni boleh juga dimakan begitu saja.

     


    Thursday, August 19, 2010

    Kailan Kukus Ikan Masin menggunakan Steam It dari Tupperware

    Sahur tadi akak masak kailan kukus ikan masin. Rasa-rasanya ramai orang dah terer dah masak menu ni. Yang akak nak highlightkan di sini ialah kailan ini akak kukus menggunakan Steam It, product dari Tupperware. Menggunakannya cukup mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Walaupun ianya bersaiz kecil, iaitu 16.9cm (height) x 22.9cm (diameter), tapi hasil setelah menggunakannya cukup memuaskan!

    Steam It direndam di dalam kuali yang berisi air

    Steam It ini hendaklah direndam terlebih dahulu di dalam kuali di mana paras airnya tidak boleh melebihi paras yang terdapat pada Steam It tersebut. Then, panaskan air dalam kuali. Steam It ini diperbuat dari bahan hydrophobic di mana ia berupaya 'repel' air dari permukaan kukusan dan ianya selamat digunakan. Steam It hanya boleh digunakan dengan merendamkannya ke dalam kuali yang berisi air untuk tujuan mengukus bukannya diletakkan terus di atas api.

    hah...ini lah kailan yang telah dikukus dalam Steam It

    So, bila kailan dah dikukus, akak pun tutup api dapur dan ketepikan. Akak potong dadu 2 ulas bawang putih dan hiris 1 ulas bawang besar, jugak 2-3 biji cili padi. Then, ambik sekeping ikan masin tenggiri dan potong kecil-kecil. Lepas tu, akak panaskan sedikit aje minyak masak dan tumiskan potongan dadu bawang putih tadi bersama hirisan cili padi sehingga naik bau dan masukkan pulak ikan masin. Stir fry sehingga ikan masak, then masukkan sedikit sos tiram. Masukkan sedikit aje air dan apabila sudah mendidih, akak masukkan pulak hirisan bawang besar dan terus tutup api. Then, akak tuangkan kailan yang telah dikukus ke dalam kuali dan gaulkan dengan bahan tumisan tadi. Salinkan kailan kedalam pinggan hidang dan renjiskan sedikit minyak bijan di atasnya. Tidak perlu bubuh garam ke dalam masakan ini.

    ini lah dia kailan kukus ikan masin

    Sayuran-sayuran yang dikukus di dalam Steam It sungguh enak rasanya. So, kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki Steam It, bolehlah dapatkannya dari mana-mana dealer Tupperware. Kalau nak beli dengan akak pun boleh sebab akak sendiri ialah Tupperware Brands Consultant. Harganya ialah RM49.90 sahaja. Steam It ini ada 2 tingkat.
    So, cubalah....


    Sunday, August 15, 2010

    Fettuccine Carbonara and Steamed Corn Pudding

    Semenjak dari hari pertama berpuasa, akak hanya membeli saja juadah untuk berbuka di bazar Ramadhan berdekatan dengan rumah. Yelah, yang nak berbuka di rumah cuma 2 orang aje, jadi rasa tak rajin pulak nak memasak. Akak cuma masak untuk juadah bersahur aje. But then, harini terasa pulak nak masak something untuk berbuka. So, harini kami sekeluarga pun berbuka dengan fettuccine. Actually, akak sendiri pun tak tau nak panggil apa resipi fettuccine ni. Fettuccine Alfredo ke atau Fettuccine Carbonara? Bahan-bahannya juga tak sama seperti fettuccine yang pernah akak masak sebelum ini. Maklumlah resipi ini dicipta ikut citarasa sendiri.

    Satu lagi juadah ialah puding jagung kukus dimakan bersama gula hangus...

     puding dijamu bersama caramelized sugar (gula hangus)




    LABELS