I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, March 3, 2011

Pan-fried Salmon with steamed Veggies


Assalamua'laikom wbt kepada semua. Terlebih dahulu akak nak ucapkan terima kasih kepada yang telah sudi berkunjung ke 'rumah' akak yang tak berapa meriah ni. Dah lama sangat akak tak updatekan blog akak ni. Sebenarnya mood nak berblogging ni pun dah mula menurun... So, akak kenelah recharge balik mood yang telah menurun tu! So... Ready...set...recharge!! 

OK lah..untuk entry akak harini, akak ada resipi pan-fried salmon with veggies. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah mencubanya mengikut cara akak atau ikut style masing-masing.

BAHAN-BAHANNYA : 
  1. potongan ikan salmon - 2 keping
  2. garam bukit - secukup rasa
  3. bawang putih - 3 ulas (ditumbuk lumat)
  4. Apple Cider Vinegar - 1 sudu besar
  5. oyster sauce - 1 sudu besar
  6. sedikit perahan lemon
  7. black pepper menggunakan grinder - secukup rasa
  8. Extra Virgin Olive Oil
  9. ubi kentang - jenis russet potato
  10. carrot
  11. asparagus
  12. broccoli
  13. kacang peas dalam tin - 1 tin
Sukatan bahan-bahan di atas bolehlah ditambah atau dikurangkan mengikut kuantiti kepingan ikan.

CARA-CARA MEMERAP (MARINATE) IKAN :
  1. Ikan yang telah dibasuh, dilumur-ratakan dengan sedikit garam dan bawang putih.
  2. Bancuhkan apple cider vinegar dan oyster sauce di dalam mangkuk. Then, lumur-ratakan bancuhan tersebut pada ikan.
  3. Perahkan lemon ke atas ikan dan ratakan.
  4. Dengan menggunakan black pepper grinder, taburkannya di atas keseluruhan ikan. 
  5. Simpan di dalam bekas yang bertutup.
  6. Simpan di dalam fridge (bukan freezer) untuk sekurang-kurangnya 2 jam. Lebih lama, lebih enak

CARA-CARA MEMASAK DAN PENYEDIAANNYA :

    1.  Russet potato dikupas kulitnya dan dipotong cube.

    2.  Carrot dipotong mengikut cara masing-masing.

    3.  Bahagian batang asparagus yang liat dibuang. Ambil bahagian batangnya yang lembut sahaja.

    4.  Broccoli dipotong mengikut cara masing-masing.

    5.  Kacang peas dalam tin, di buang airnya, dibasuh di bawah air lalu (under running water) dan ditoskan.

    6.  Kukus kesemua sayur-sayuran kecuali kacang peas, tapi jangan terlalu lama. Kentang hendaklah dikukus sehingga empuk.

Dengan menggunakan pengukus dari Tupperware, Steam It, tempoh mengukus tidak mengambil masa yang lama, iaitu 2-3 minit saja selepas air di dalam kuali itu mendidih dan rasa sayur-sayuran yang dikukus cukup enak dan rangup. Mengukus kentang pula akan mengambil masa yang lama sedikit mengikut banyak mana kuantitinya.

    7.  Panaskan non-stick pan dan lembapkan permukaannya dengan sedikit extra virgin olive oil.

    8.  Stir fry sayur-sayuran yang telah dikukus tadi mengikut jenisnya satu persatu dan taburkan sedikit garam dan juga black pepper. Balik-balikannya. Bolehlah tambahkan sedikit extra virgin olive oil sekiranya kuali tidak lagi lembab. Memandangkan sayur-sayuran tadi telah dikukus, jadi tidak perlulah masak terlalu lama. Angkat dan ketepikan.

    9.  Ulangi langkah yang sama pada kentang. Kentang hendaklah dibalik-balikkan supaya masaknya sekata. Setelah masak, angkat dan ketepikan.


   10.  Keluarkan ikan salmon dari peti ais dan goreng di atas kuali non-stick pan yang telah dilembapkan dengan sedikit extra virgin olive oil seperti menggoreng sayur-sayuran tadi. Jangan lupa taburkan black pepper menggunakan black pepper grinder. Balik-balikkan dan masaklah hingga warnanya bertukar agak keemasan. Untuk mengelakkannya dari menjadi terlalu kering dan tidak juicy, jangan goreng terlalu lama.

   11.  Akhir sekali, hidangkanlah ikan salmon bersama-sama sayur-sayuran tadi dan makan lah sewaktu ia masih panas. 


Tididi...!! Beginilah rupanya! Hidangan ini boleh dimakan pada bila-bila masa dan ianya cukup berkhasiat dan menyelerakan. Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment