I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 27, 2010

Ikan patin dari Pahang masak gulai tempoyak

 Assalamu'alaikum w.b.t. kepada semua...

Dah lama akak tak masukkan entry masakan. Sebabnya ialah "tak rajin", tapi harini akak ada resipi gulai lemak tempoyak ikan patin. Kemarin, adik ipar akak yang tinggal kat Pekan, Pahang ada belikan ikan patin dari Pahang kiriman hubby akak. Since dia and his family nak turun ke K.L., so dia pun belikan untuk kami. Semalam baru akak dapat masak ikan patin tu. 


Akak pernah beli ikan patin kat K.L. ni dan dah macam-macam cara akak buat untuk hilangkan bau lumpur dan hanyir ikan tu, tapi langsung tak berkesan! Last-last, akak buang aje ikan tu sebabnya bila dah dimasak pun, baunya masih lagi tak hilang dan rasanya pulak tak tertelan! Tapi, ikan patin dari Pahang ni, tak berbau hanyir atau pun ada rasa lumpur pun and rasanya sungguh sedap!

Akak sekeluarga memang suka makan gulai ikan patin masak tempoyak ni, kadang-kadang Abang sanggup drive ke Temerloh bawak kitorang ke sana, just untuk makan ikan patin masak tempoyak. 

OK lah, di bawah ini ialah resipi gulai ikan patin masak tempoyak yang akak masak semalam.

BAHAN-BAHAN :


  1. 1 ekor ikan patin
  2. bawang merah kecil - 4 ulas (ada orang tak guna bawang langsung)
  3. cili padi kampung - 30 biji (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut suka)
  4. kunyit hidup
  5. asam keping - 4 keping (ikut saiz)
  6. tempoyak - 5 sudu besar
  7. bunga kantan 
  8. daun kesum
  9. air - ikut kepekatan kuahnya agar tidak terlalu pekat atau terlalu cair
  10. garam secukup rasa      
CARA-CARA MEMASAK :
  1. Setelah disiang, ikan patin dicuci bersih bersama-sama asam jawa atau limau kasturi/limau nipis dan rendamkannya dengan air asam jawa sementara menunggu bahan-bahan lain ditumbuk. Ikan dipotong kepada 3 atau 4 bahagian mengikut saiz.
  2. Cili padi, kunyit hidup dan bawang merah ditumbuk sehingga lumat (akak prefer guna batu lesung).
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk lumat tadi kedalam periuk.
  4. Campurkan tempoyak dan sedikit air dulu. Sebatikan dan hidupkan api dapur.
  5. Didihkan. 
  6. Masukkan asam keping, bunga kantan yang telah dibelah 4 dan daun kesum.
  7. Jika terlalu pekat, bolehlah tambahkan air lagi. Biarkan ia mendidih.
  8. Masukkan ikan patin dan biarkan kuahnya mesra dengan ikan. Masak dengan api yang sederhana.
  9. Masukkan sedikit saja garam sebab tempoyak sudah ada rasa masin. 
  10. Sesuaikan rasa garamnya dan kepekatan kuahnya. Jangan terlalu pekat kerana apabila sejuk nanti, kuahnya akan menjadi sedikit pekat disebabkan tempoyak tadi. Jugak jangan terlalu cair.
Tadaaaa....gulai ikan patin masak tempoyak siap dihidangkan! Makanlah bersama-sama nasi sewaktu masih panas.


Gulai yang akak masak semalam tiada daun kesum sebab bila nak beli di kedai berdekatan rumah akak, daun kesumnya dah habis. Masakan ini memang perlu ada daun kesum sebab ianya akan membuatkan aroma dan rasanya lebih mengancam!!


2 comments:

  1. Salam, nak tanya sikit...saya lihat setengah org masak gulai ikan patin tempoyak gunakan bawang merah, setengahnya tak gunakan bawang...setengahnya gunakan serai, setengahnya tidak, begitu juga bunga kantan dan daun kunyit...
    saya biasa makan yg ada diletakan serai, bunga kantan dan daun kunyit....soalan saya...jika tiada bahan tu...adakah rasanya akan berlainan?

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya sikit...saya lihat setengah org masak gulai ikan patin tempoyak gunakan bawang merah, setengahnya tak gunakan bawang...setengahnya gunakan serai, setengahnya tidak, begitu juga bunga kantan dan daun kunyit...
    saya biasa makan yg ada diletakan serai, bunga kantan dan daun kunyit....soalan saya...jika tiada bahan tu...adakah rasanya akan berlainan?

    ReplyDelete