I made this widget at MyFlashFetish.com.

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

Rentetan majlis pernikahan dan resepsi Adzriefaiz dan Suliza

Assalamua'alaikum warahmatullaahi wabaratuh.

Salam Tahun Baru Miladiah 2012 akak ucapkan kepada yang sudi ziarah ke blog akak ni. Dah lama sungguh akak tak updatekan blog ini. Ada juga niat untuk tutup saja account blog ini, memandangkan masa tak mengizinkan akak untuk selalu ke sini, tapi bila akak buka semula blog ini beberapa hari yang lalu, akak dapati ada beberapa visitor yang search for 'Adzriefaiz', mereka terus dihantar ke blog ini memandangkan akak ada post kan berita tentang majlis pertunangan Adzriefaiz beberapa bulan yang lepas. Ada juga beberapa visitor yang datang menjenguk, meninggalkan message2 positif di blog akak yang tak seberapa dan sepi ini. Anyway, terima kasih akak ucapkan kepada semua. Mungkin belum masanya untuk akak berundur diri.

OK, berbalik kepada berita tentang majlis pernikahan Adzriefaiz dan Suliza, akak akan updatekan serba sedikit mengenainya di sini.


Seperti yang dijanjikan. dengan izin Allah SWT, pada 9hb Disember 2011 yang lalu, Adzriefaiz dan Suliza selamat diijabkabulkan dan dengan 1 kali lafaz, Adzrie (Faiz) telah sah menjadi suami kepada Liz. Majlis akad nikah yang cukup sederhana tetapi meriah itu telah berlangsung di rumah abang Liz di Kangar, Perlis dan majlis resepsi dari pihak pengantin perempuan telah diadakan pada keesokan harinya (10-12-11) di Tasok Lake Resort & Retreat di Kangar, Perlis. Gambar2nya boleh dilihat di link : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2832253523484.2152164.1173525698&type=1 dan di : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2833010182400.2152180.1173525698&type=1

Majlis kemuncak resepsi dari pihak pengantin lelaki pula telah berlangsung pada 25hb Disember 2011 di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, segala yang dirancang oleh kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar. Linknya pula ialah : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2911468423807.2154213.1173525698&type=1

Memandangkan untuk meng'upload'kan gambar2 ke dalam blog ini akan mengambil masa yang agak lama, jadi kepada sesiapa yang berminat untuk melihat gambar2 tersebut bolehlah visit link2 di facebook akak yang tertera di atas.

Berita penuh mengenai pernikahan Adzriefaiz & Suliza boleh juga dibaca di link ini : http://www.budiey.com/pengacara-tv3-adzriefaiz-akhirnya-bernikah/


Thursday, June 2, 2011

Sekitar majlis pertunangan Adzriefaiz & Liz

Bila hati telah terpaut, maka termeterailah ikatan tali pertunangan antara dua insan. Majlis yang sederhana tapi meriah ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 28hb Mei 2011 yang lalu.



 
















Semoga jodoh mereka berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke hujung nyawa. Amiin Ya Robbal 'Alamin.


Saturday, November 6, 2010

Mengimbau kenangan bersama Allahyarham Chef Raman ADABI. Al-Fatihah... :`(

Chef Raman Abu Samah, 53 tahun, telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada kira-kira jam 6:30 pagi Isnin, 1hb November yang lalu, iaitu sehari selepas dimasukkan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Raman ADABI, sebelum ini telah menyandang jawatan Pengarah Promosi dan Perhubungan Awam ADABI.

Allahyarham telah disahkan menghidap penyakit batu karang dalam hempedu dan beliau telah pun menjalani pembedahan membuang batu karang, di Colombia Asia Hospital Seremban kira-kira lebih 4 bulan yang lalu, dalam bulan Jun. Selepas pembedahan tersebut, beliau kerap berulang-alik untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban. Keadaan beliau menjadi semakin serius sejak 3 minggu sebelum kematiannya. 
* (Maklumat di atas, saya terima sendiri dari ahli keluarga terdekat Allahyarham) *

Jenazah Allahyarham yang dibawa dari Hospital Sungai Buloh telah disembahyangkan selepas solat Zohor di Surau Kampung Kelemak Dalam, kepunyaan Allahyarham bapanya, berdekatan dengan kediaman Allahyarham orangtuanya di Alor Gajah, Melaka.

Atas permintaan beliau semasa hidupnya yang minta dikebumikan bersebelahan dengan kubur ibu/bapanya iaitu di kampung halamannya, terkabul juga apabila jenazahnya dapat dikebumikan bersebelahan dengan kubur Allahyarham ayahnya. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelemak.

Allahyarham bapanya, dikenali sebagai Imam Samah, semasa hayatnya adalah seorang imam dan juga jurunikah (kadhi) di kampung tersebut. Allahyarham Tok Samah (panggilan saya buat ayah beliau) ialah jurunikah yang telah bertanggungjawab menikahkan saya dan suami semasa kami berkahwin 20 tahun yang lalu.

Imam Samah (tengah) menjadi kadhi sewaktu saya dan suami diijabkabulkan
Mulanya saya kurang pasti samada sudah bersedia mengabadikan kisahnya di blog ini atau belum, kerana saya masih merasa sedih di atas kehilangannya, tetapi saya lakukannya juga untuk disimpan sebagai artikel peribadi saya.

Sebenarnya, saya dan Chef Raman mempunyai talian persaudaraan. Walaupun mengikut pangkat, saya sepatutnya memanggilnya dengan panggilan "Pakcik", tapi sejak dari kecil, kami adik-beradik memanggilnya dengan panggilan "Abang Man" sahaja.

Di masa mudanya, Abang Man pernah menetap di Jepun kerana menjalankan bisnes restorannya sendiri iaitu berasaskan masakan Malaysia, yang dinamakan ONLY MALAYSIA RESTAURANT di bandar Shibuya, Tokyo. Ketika itu, restorannya telah mendapat sambutan ramai dan cukup dikenali di Jepun, baik dari kalangan masyarakat tempatan mahupun dari masyarakat luar, termasuklah dari warga Malaysia yang menetap di sana. Beliau juga telah mendapat pelbagai anugerah di atas kecemerlangannya itu.

Di kampung, Abang Man memang dikenali dengan sifatnya yang baik hati, pemurah - baik dari segi wang ringgit mahupun ilmunya dan beliau adalah seorang yang ceria, siapa saja yang mendengar celotehnya, pasti tak kering gusi dibuatnya.

Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah di majlis perkahwinan anak saudara saya (sila rujuk link di sini) iaitu pada 31hb Julai yang lalu, yang diadakan di Dewan Gemala Sari, Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Walaupun pada ketika itu, dia dalam keadaan uzur iaitu berjalan dengan menggunakan tongkat, dia gagahi juga untuk menghadiri majlis tersebut dan memandu sendiri ke tempat majlis itu diadakan. Kali terakhir juga saya mendengar suaranya ialah sewaktu dia menelefon saya untuk memberitahu yang dia telah selamat sampai ke rumahnya kerana sewaktu hendak berpisah untuk pulang, saya risaukan keadaannya dan berpesan kepadanya supaya memandu dengan berhati-hati.

Sifatnya yang ceria amat disenangi dan disayangi oleh orang-orang kampung juga saudara-mara dan saya yakin semua yang mengenalinya pasti akan terasa kehilangannya. Bagi saya, beliau cukup istimewa kerana telah dianugerahkan dengan ingatan (memory) yang cukup kuat. Contohnya ialah beliau mampu menyenaraikan salah silah sesebuah keluarga di kalangan saudara mara kami sehingga ke beberapa generasi. Dia pernah memberitahu saya, "A doctor told me that I have a strong memory". Memang benar kata-kata doktor tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan bersamanya sewaktu saya sekeluarga membawa emak ke kediamannya di Senawang, Seremban, dalam bulan Syawal tahun lepas...

walaupun riak mukanya nampak serius, namun kata-katanya begitu mencuit hati
Abang Man dan Mak
Lihatlah, ikan-ikan koinya yang berpuluh ekor, dari jenis grade A yang diimport dari Jepun. Selain dari mempunyai kolam ikan koi, Allahyarham juga ada membela beberapa ekor burung pigeon dan beberapa ekor kucing Parsi.

 
Wazien dan anak sulungnya, Syafiq
bergambar bersama-sama sebelum pulang
Chef Raman telah meninggalkan dua orang anak iaitu Iman Syafiq, 14, dan Liyana Syafiqah, 11. Semoga anak-anak beliau tabah dalam mengharungi hidup mereka tanpa ayah kesayangan mereka di sisi.

Sila ziarah http://jefbuj.blogspot.com/2009/02/chef-rahman-adabi-kuching.html untuk mengetahui serba sedikit mengenai Allahyarham dari sudut pandangan teman rapat beliau, Chef Jef, yang telah lebih dahulu kembali ke Rahmatullah sebelum beliau.

Semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Chef Raman dan sahabat beliau, Chef Jef, dan semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang beriman. Al-Fatihah. Amin Ya Robbal 'Alamin.


Sunday, October 24, 2010

When We Grow Old (dedicated to my beloved husband)


What will happen to us when we grow old
The last days before our bodies turn cold
Will everyone fidget when we repeat ourselves
And tell over and over our long past tales

Will they want us around or turn us away
Wonder what to do to pass each day
Will we be welcomed in our children's home
Or will they forget when they’re grown and gone

Our bodies will age pray our minds stay young
To know what we know and be led by no one
If one lives to each it will come one day
God said it was so, there’s no other way

May we grow old together with each other
May each know for certain there’s never another
May our love continue, may it lessen the bad
May we remember all the good times we’ve had

So from here to there we must do our best
Do all we can to go beyond the test
Walk hand in hand toward our summit year
And call to mind with completion, with never a tear.


~ by Sally Campbell ~


 

Thursday, September 30, 2010

NUUR RAZAN n NUR RAZAN.....alike but different

Look closely at the picture above. Do they look alike? They are not at all related anyway. Well...of course, they're not exactly alike, but they do look alike in person than in photos. Those who have seen them agreed with me. They look like sisters!

So, don't you think they look similar? Not only do they look alike, they even have the same name! Although their first name have slightly different spelling - the one on the right is spelled 'NUR' whereas on the left is 'NUUR', both of them have the same last name, RAZAN, and they are called by their last name. Can anyone guess, are they the same age?

Actually, Nuur Razan, the girl on the left is my daughter and she's now 14, whereas the girl on the right is her teacher's daughter. The teacher adores my daughter so much that she named her daughter after mine without knowing exactly the correct spelling of her name. That is why her daughter's first name has only one 'U' and mine has two 'U's. Those who have seen Nuur Razan when she was small, agree that she did look like little Nur Razan now.

The little girl's photo was uploaded by her mom on January this year and her age now is 1 year 8 months. Well...will the little girl, Nur Razan, still look like Nuur Razan when she's 14? Let's wait and see... Hehehe...

 
Nuur Razan is now 14 years old


Tuesday, September 21, 2010

Penat beraya but enjoy!

Penat betul kan kalau berjalan raya? Tapi, inilah masanya kita nak berjumpa dengan sedara-mara dan merapatkan hubungan silaturrahim. Ermmm...masa tidur kita pun dah jadi tak menentu....nak kena adjust balik...
bersama adik ipar, nieces and biras
dan yang paling happy sekali ialah kanak2 riang sedunia sebab bukan saja dapat duit raya tapi dapat bermain dengan sepupu-sepapat...yahoo!!
Adzriefaiz n cousins (oppss..juz ignore the date! hehe..)

Sunday, August 1, 2010

Setelah sekian lama tak berjumpa...

Apabila dapat tahu aje sedara mara dari Singapore akan datang ke KL untuk menghadiri majlis kahwin anak sedara akak, Syamsul Bahari, pada 31 Julai, excitednya hanya Allah saja yang tahu! Tak sabar betul nak jumpa dengan diorang. Walaupun tak semua dapat hadir ke majlis itu, akak tetap gembira bila my 2nd cousin yang sejak dari kecil jadi kawan sepermainan semasa di Singapore dulu, dapat hadir. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah selepas beberapa tahun akak berkahwin. Sekarang ni, anak-anak kitorang dah besar-besar. Mana tak excited kan...?!


Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di Dewan Gemala Sari, Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

nenekanda pengantin (bertudung putih)
adinda (kiri) & sepupu pengantin (kanan)
ayahanda pengantin memberi ucapan
bergambar bersama keluarga & sanak saudara
walaupun dalam keadaan bertongkat, Chef Raman ADABI (bertopi) tetap hadirkan diri ke majlis tersebut
Kepada pasangan pengantin, Syamsul Bahari dan Halina Sofia, kami doakan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam kebahagiaan, juga dapat mengharungi ujian-ujian dari Allah S.W.T. dalam kehidupan berumahtangga dengan tabah dan sabar. Amiin.

LABELS