I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 1, 2010

Setelah sekian lama tak berjumpa...

Apabila dapat tahu aje sedara mara dari Singapore akan datang ke KL untuk menghadiri majlis kahwin anak sedara akak, Syamsul Bahari, pada 31 Julai, excitednya hanya Allah saja yang tahu! Tak sabar betul nak jumpa dengan diorang. Walaupun tak semua dapat hadir ke majlis itu, akak tetap gembira bila my 2nd cousin yang sejak dari kecil jadi kawan sepermainan semasa di Singapore dulu, dapat hadir. Kali terakhir berjumpa dengannya ialah selepas beberapa tahun akak berkahwin. Sekarang ni, anak-anak kitorang dah besar-besar. Mana tak excited kan...?!


Majlis perkahwinan tersebut telah diadakan di Dewan Gemala Sari, Bangunan Risda, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

nenekanda pengantin (bertudung putih)
adinda (kiri) & sepupu pengantin (kanan)
ayahanda pengantin memberi ucapan
bergambar bersama keluarga & sanak saudara
walaupun dalam keadaan bertongkat, Chef Raman ADABI (bertopi) tetap hadirkan diri ke majlis tersebut
Kepada pasangan pengantin, Syamsul Bahari dan Halina Sofia, kami doakan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat dan sentiasa dalam kebahagiaan, juga dapat mengharungi ujian-ujian dari Allah S.W.T. dalam kehidupan berumahtangga dengan tabah dan sabar. Amiin.

2 comments:

  1. Syukur atas pertemuan ini dan selamat pengantin baru buat ke dua mempelai.. semoga berbahagia hendaknya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dan terima kasih Raha di atas ucapannya. Thnx on their behalf :)

    ReplyDelete