I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 30, 2010

Asam Pedas dan Steamed Bread Pudding with Evaporated Creamer and Caramelized Sugar

Harini akak tak beli juadah kat bazar sebab Abang buka puasa di rumah and lagipun dah boring pulak rasanya bila selalu sangat makan juadah bazar Ramadan tu. So harini akak masak lauk kegemaran keluarga iaitu asam pedas ikan tenggiri. Akak tidak bubuh belacan atau daun kesum atau daun limau purut atau bunga kantan dalam masakan asam pedas ni sebab akak guna ikan tenggiri. Kalau guna ikan pari, akak guna jugak daun kesum. Buat pengetahuan semua, akak dah bertahun tak letak belacan dalam masakan akak, even dalam sambal tumis pun, melainkan nak masak sambal belacan aje. Resipinya cukup simple. Selain dari menggunakan bahan2 asas seperti bawang merah (biar banyak), bawang putih, halia dan serai, akak juga tumiskan sedikit halba. Mmmm....baunya sungguh harum!

Asam pedas tanpa belacan

Akak bikin jugak puding kukus roti bersama kismis kegemarannya (harap2 betul lah namanya yang akak tulis ni...hehehe). Kalau salah, tolong bagitau eh... :)

Sebenarnya rasa segan jugak nak masukkan resipinya di sini sebab akak rasa ramai yang dah tau buat puding ni. Tapi resipi yang akak buat ni, tak macam yang selalu akak buat. Biasanya, akak guna gula pasir biasa, tapi kali ni akak cuba guna gula dari ekstrak daun Stevia keluaran Stevico iaitu  Stevico Sweetermix  (sila rujuk linknya). Kami sekeluarga dah lama tak gunakan gula pasir yang biasa tu. Puding roti ni boleh jugak dibakar. So kepada sesiapa yang ingin mencubanya, akak ada sertakan resipinya (cara kukus dan cara bakar).

Bahan2nya :
1) roti - 9 keping
2) telor - 4 biji
3) gula - 3 1/2 sudu kecil gula  Stevico Sweetermix  ATAU 1 cawan gula biasa (saiz cawan utk tetamu - akak tak guna susu pekat manis dan ini puding roti - so, kalau kurang gula, nanti jadi kurang manis pulak)
4) susu cair (e.g. Carnation @ Ideal) - 1 tin
5) air - 500 ml
6) kismis kuning (raisins) - 2 kotak kecil
7) perisa vanila - 1 sudu kecil
8) 1 sudu kecil garam (supaya ada rasa lemak bukan masin)
9) * marjerin Planta (jika memilih untuk membakar)*

Kemanisan gula: 1/2 sudu kecil gula Stevico Sweetermix = 7 sudu kecil gula biasa

Cara2 membuatnya (Cara Kukus) :
1) Buat gula hangus (caramelized sugar) - sila visit link ini : http://youtu.be/ltsFE9mr-x4 untuk menonton cara2 membuatnya, iaitu untuk:
a) diletakkan ke dalam acuan sebelum dituangkan adunan puding.
ATAU
b) dituangkan ke atas puding ketika hendak menjamu selera.
2) Roti dikoyak2kan dan direndam ke dalam 500 ml air sehingga kembang.
3) Campurkan susu cair ke dalam adunan roti yang telah direndam tadi. Sebatikan.
4) Pukul telor bersama gula sehingga kembang, tapi tidak perlu terlalu kembang.
5) Tuangkan adunan telor + gula ke dalam adunan roti + susu tadi. Sebatikan.
6) Masukkan 1 sudu kecil garam dan perisa vanila. Sebatikan.
7) Tuangkan adunan ke dalam acuan.
8) Taburkan kismis ke dalam adunan.
9) Kukus sehingga masak.

* Cara Bakar - cedokkan beberapa scoop marjerin dan letakkan ke beberapa tempat di atas adunan sebelum dibakar di dalam oven agar apabila adunan siap dibakar nanti, texture puding akan menjadi seperti roti bakar gitu....

Bila sudah masak, biarkan puding @ room temperature, then tutup dengan plastic wrap @ dipanggil cling film, supaya permukaan puding tidak menjadi terlalu kering (sbb bahan asasnya ialah roti). Then, simpan di dalam fridge.

Apabila hendak menjamu selera - setelah memasukkan potongan puding di dalam mangkuk, di atas puding tersebut, tuangkan susu cair dan gula hangus (sekiranya gula hangus tidak dicampur ketika memasak puding), mengikut citarasa masing2. Akak sekeluarga lebih prefer cara begini sebab kita boleh tambah susu dan gula hangus mengikut keinginan masing2, bila2 masa. Kalau nak lebih lemak, maka lebihkanlah susunya dan kalau nak lebih manis, tambahkan aje gula hangusnya.

Hmmmm.... yummilicious!!!! Paling best, makan semasa sejuk. Hah...apa lagi...cubalah...jangan tak cuba...!!! :)



No comments:

Post a Comment