I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, October 31, 2010

Jemput-Jemput Nasi dengan Ikan Bilis

Kali pertama akak makan jemput-jemput nasi ini ialah semasa akak sekeluarga masih menetap di Singapura lagi. Sesekali bila balik ke kampung, kakak sepupu akan hidangkan kitorang dengan jemput-jemput ni. Akak baru perasan ini adalah jemput-jemput nasi bila dikoyak jemput-jemput ni, akan kelihatan butiran-butiran nasi. Tapi masa itu, kakak sepupu tak campur dengan ikan bilis dan bawang pun. Cuma nasi dan tepung gandum aje, rasanya memang sedap dan walaupun jemput-jemputnya dah sejuk, tapi ia tetap lembut dan gebu. Bila akak dah ada keluarga sendiri, akak pun modify lah resipi asal kakak sepupu akak tu. Berikut adalah resipi versi akak.....

BAHAN-BAHANNYA :
  1. 2 cawan nasi
  2. 1/2 cawan ikan bilis, dibasuh dan dibahagi kpd 2 bhgn (1 bahagian untuk dimesin & 1 bahagian, ketepikan dulu)
  3. 2 1/2 cawan tepung gandum
  4. 2 cawan air
  5. 1 biji bawang besar, dihiris
  6. 1 biji cili merah, dihiris
  7. sedikit daun sup & daun bawang, dihiris halus
  8. garam secukup rasa
  9. minyak masak untuk menggoreng 

CARA-CARA MEMBUATNYA :
  1. Di dalam blender jar, masukkan nasi, 1 bahagian ikan bilis, tepung gandum, air dan garam. Blend separa hancur (jangan sampai lumat).
  2. Keluarkan adunan dan tuangkannya ke dalam mangkuk. 
  3. Campurkan 1 lagi bahagian ikan bilis, hirisan-hirisan bawang, cili merah dan daun sup & daun bawang ke dalam adunan yang telah diblend tadi.
  4. Sebatikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali dan apabila minyak masak, jemput-jemputkan adunan tadi ke dalam kuali menggunakan tangan ataupun sudu. 
  6. Gorenglah adunan dengan api yang sederhana dan sehingga kekuningan.
  7. Angkat, toskan dan letakkannya di atas paper towel untuk menyerap lebihan minyak.
  8. Hidanglah dengan sos kegemaran anda. 


    No comments:

    Post a Comment