Kami sekeluarga memang dah lama makan brown rice. Ramai yang sedia maklum tentang kebaikan brown rice ni. Kalau nak tahu tentang perbezaannya dengan white rice dari sudut kesihatan, boleh lah visit entry akak yang sebelum ini di sini. So, rasanya kami tak ada masalah dengan brown rice walau dalam apa jua cara masakannya. Rasanya tak ada beza dengan rasa white rice dan cara memasaknya juga sama.
Bahan-bahan yang akak gunakan untuk memasak nasi lemak ini ialah - brown rice, air, santan, 1 helai daun pandan (disimpul) dan sedikit garam secukup rasa. Sebatikan dan masaklah seperti memasak nasi biasa. Apabila nasi siap dimasak, baunya sungguh harum dan enak dimakan.
Akak sebenarnya dah rindu sangat-sangat nak makan nasi lemak bersama dengan ikan selar kuning goreng. Nasi lemak dengan ikan goreng ini adalah dari Singapura. Di Malaysia, menu nasi lemaknya, tiada ikan goreng. Masa baru-baru pindah ke sini dulu, sekitar tahun 1980an, akak rasa pelik bila tengok nasi lemak yang dijual di sini, penuh dengan lauk-pauk, seperti daging dan ayam dimasak rendang dan kicap, sayur-sayuran dll.
Di Singapore dulu, nasi lemak dimakan dengan ikan selar kuning goreng (wajib), telur dadar atau telur rebus atau telur goreng mata kerbau, sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng dan timun. Tapi sekarang lauk-pauknya juga sudah bertambah dan pelbagai, sama seperti di Malaysia. Zaman sudah berubah, citarasa juga berubah.
Nak tahu tak cara-cara bagaimana akak buat sambal tumis ikan bilisnya? Caranya berbeza dengan sambal tumis ikan bilis untuk dimakan dengan nasi biasa. Begini....
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS UNTUK NASI LEMAK
BAHAN-BAHANNYA :
- bawang merah kecil - 10 ulas
- bawang putih - 3 ulas
- segenggam ikan bilis, dibasuh dan ditoskan
- cili mesin - lebih kurang 3 sudu besar (jika suka lebih pedas, tambahkan sukatannya)
- air asam jawa (secukup rasa)
- gula (secukup rasa)
- garam (secukup rasa)
- minyak masak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT SAMBAL :
- Satukan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ke dalam blender jar. Blend sehingga lumat.
- Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali.
- Apabila minyak telah panas, tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga terbit bau.
- Masukkan cili mesin dan pastikan cili betul-betul masak iaitu sehingga terbit minyak.
- Masukkan gula dan masak sehingga kelihatan agak berkilat.
- Masukkan air asam jawa dan juga garam.
- Biarkan ia mendidih dan masak dengan api yang sederhana.
- Rasakan gula dan garamnya. Pastikan rasanya tidak terlalu manis atau pun masin.
- Biarkan sambal betul-betul masak dan bila sudah masak, tutupkan api.
LAUK-PAUK TAMBAHAN (ASAS) :
- ikan selar kuning goreng (originally, ikan jenis ini yang digunakan)
- telur dadar, telur goreng mata kerbau atau telur rebus,
- ikan bilis goreng
- kacang tanah goreng dan
- hirisan timun
* Lauk-pauk tambahan dalam resipi ini adalah lauk-pauk asas untuk nasi lemak Singapore dulu. Kini, terdapat banyak lauk-pauk yang boleh dimakan bersama-samanya.
No comments:
Post a Comment