I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 29, 2010

Mee Siam Singapore

Pernah makan mee siam tak? Dah lama betul akak tak makan mee siam! Teringat masa zaman persekolahan dulu, mee siam ni lah makanan favourite akak kalau makan kat kantin sekolah. Mee siam ni berasal dari Singapura, so kalau engkorang pegi ke Siam, janganlah buang masa nak cari2 mee siam kat sana...buat penat aje sebab tak kan jumpa punya! Tom yam adalah....! Heheee...

Mee siam datang dengan pakej iaitu meehoon goreng bersama taucu dan kuah taucunya. Jadi bahan asasnya tentulah taucu. Kalau tiada taucu dalam masakan ni, jangan sekali-kali namakannya mee siam eh... Selain dari taucu yang membezakan meehoon goreng ni berbeza dari meehoon goreng biasa ialah, dalam penyediaan mee siam ni tidak memerlukan sayur-sayuran seperti sawi, kobis atau pun carrot. Jugak tak perlu nak tarok fish ball ke, fish cake ke atau apa jenis ball pun! Tak payah nak membazir-bazir duit.... :D

Yang diperlukan ialah udang kering dan udang basah yang bersaiz kecil. Sayurannya pulak, cumalah taugeh dan daun kucai sebagai garnishing. Kuahnya pulak mesti ada rasa sedikit pedas, manis dan yang paling penting mesti kena ada rasa masam. Jadi, kepada sesiapa yang tak suka masakan yang ada rasa masam, jangan lah paksa diri untuk makan mee siam ni, cuma jangan menyesal di kemudian hari...sebab rasanya memang yummy! Betol....akak tak tipu punya!

OK lah, sekarang akak nak bagitau bahan2 dan cara2 penyediaannya. Masalahnya kalau akak masak, akak takde lah ikut betul2 banyak mana bawang yang nak digunakan atau berapa inci halia tu ke... So, engkorang agak2 sendiri aje lah ye sebab apa2 pun yang kita buat, "practice makes perfect" - the more you practice, the better you will become. Mula2 memanglah tak berapa jadi, kalau selalu buat, barulah jadi...Akak bagi anggarannya aje tau..... 

BAHAN-BAHAN UNTUK MENGGORENG :
  1. 1 pkt meehoon - direndam dengan air bersuhu bilik hingga lembut dan toskan airnya. Jangan sesekali merendam meehoon dengan air panas sebab nanti ia menjadi masak dan bila hendak digoreng, menjadi hancur. Bila dimakan dengan kuah meehoonnya pulak nanti, tak tau lah akak nak cakap apa... ;))
  2. bawang merah kecil - 10 ulas
  3. bawang putih - 4 ulas
  4. sedikit halia
  5. 3 sudu besar udang kering (agak2 lah, dah selalu buat nanti, pandailah) - jangan terlalu banyak atau terlalu sikit (kena ada rasa udang keringnya)    
  6. taucu paste (yg separuh hancur, jangan terlalu hancur) - 1 sudu besar
  7. tahu putih - digoreng dan dipotong dadu (bukan dipotong nipis memanjang)
  8. cili mesin - 1 sudu besar atau ikut suka (kalau suka pedas, lebihkan cilinya)
  9. taugeh 
  10. udang basah bersaiz kecil - dikopek kulitnya
  11. garam secukup rasa       

CARA-CARA MENGGORENG MEEHOON :
  1. Tumbuk bahan2 seperti udang kering, halia, bawang merah dan bawang putih hingga lumat (nak guna blender pun boleh, but I prefer tumbuk dengan batu lesung aje).
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan2 yang ditumbuk tadi sehingga terbit bau.
  3. Masukkan cili mesin dan tumis hingga cili masak, then masukkan taucu. Tumis hingga taucu masak.
  4. Masukkan udang - tidak perlu tunggu udang betul2 masak supaya ia tidak menjadi kecut dan keras.
  5. Kalau perlu, tarokkan sedikit aje garam sebab udang kering dan taucu sudah sedia masin.
  6. Masukkan meehoon yang telah ditos tadi dan mesrakan ia dengan bahan2 tumisan.
  7. Then masukkan tahu yang telah dipotong dadu dan gaulkan bersama meehoon.
  8. Tutupkan api, barulah masukkan taugeh. Jangan masukkan taugeh tu "siang2" (maksudnya "jgn masukkan terlalu awal", hehee..), nanti cepat pulak taugeh tu layu and tak nampak fresh pulak.
  9. Put aside.
Beginilah rupanya bila meehoon siap digoreng. Kat dalam gambar ni, akak tarok udang besar, sebab kebetulan udang ni aje yang ada kat dalam freezer and akak pulak malas nak keluar pegi beli udang kecik tu. Masakan ni memang lebih sesuai guna udang kecil dan itu lah juga yang membezakan meehoon goreng ni dari meehoon goreng yang lain.


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH TAUCU :
  1. bawang merah kecil - 10 ulas
  2. bawang putih - 4 ulas
  3. sedikit halia
  4. segenggam udang kering
  5. taucu paste (yg separuh hancur, jangan terlalu hancur) - 3-4 sudu besar
  6. cili mesin - 1-2 sudu (ikut suka)
  7. udang basah bersaiz kecil - dikopek kulitnya
  8. air asam jawa - perlu ada rasa masam, tapi janganlah terlalu masam
  9. gula dan garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUAT KUAH TAUCU :
  1. Follow steps 1-4 dalam cara2 menggoreng meehoon tadi, cuma kene guna periuk, tak bolehlah guna kuali.
  2. Isikan air, ermmm...agak2lah..mula2 ni jangan banyak sangat sebab lepas ni, nak tarok air asam jawa.
  3. Tarok air asam jawa dan sesuaikan rasanya. Kalau kurang airnya, bolehlah ditambah. 
  4. Biarkan ia mendidih. Tarok sedikit gula dan garam (jangan terlalu banyak garam sebab taucu dan udang kering sudah ada rasa masin).
  5. Sesuaikan kuahnya. Kuahnya hendaklah cair, tapi berperisa...ada rasa pedas, manis sikit, masin dan yang penting sekali, mesti ada rasa masam sikit. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  6. Apabila sudah cukup rasanya, bolehlah tutupkan api dapur.  
* Bila memasak, gunakanlah api yang sederhana. *

BAHAN-BAHAN HIASANNYA (GARNISH) :
  1. daun kucai dihiris
  2. bawang goreng
  3. limau kasturi di belah dua
  4. telor rebus yang dibelah dua ke...empat ke...

CARA-CARA MENGHIDANGKANNYA :

Tarok meehoon goreng ke dalam pinggan, then tarok kuahnya ke atas meehoon. Lepas tu, hiasilah dengan daun kucai, bawang goreng, limau kasturi dan telor rebus. Akhir sekali, ambiklah gambarnya sebelum dimakan, then tunjukkan kat akak...hehehe.. Lepas tu apa lagi, makan lah....hmmmmm.....sedappppp!!

Hah...beginilah rupanya bila dah siap. Masakan ni memang ada rasa masam sikit. Kalau tak...bukan mee siam namanya... Kenalah pulak bagi nama lain nanti....hehee.....


 

2 comments:

  1. Hey Τhеrе. I founԁ your blog
    uѕing msn. Thіs is a verу well written articlе.
    I'll make sure to bookmark it and return to read more of your useful information. Thanks for the post. I'll definitely comebаcκ.


    Feеl fгee to surf tο my ωebsite; thoi trang nu

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..hai sal..memang terliur tengok..mcm sedap sangat..wajib cuba ni..hehe

    ReplyDelete